Rabu, 23 Februari 2011

Tragedi 21/02/2011

Assalamualaikum,
Agak lama tak update. maaf ye.. nak kata sebok sgt tu tidak lah tp dlm dua ke tiga harini memang ada saje bende yang berlaku. Masa pun agak terhad untuk cari idea nak menulis kat sini. Banyak masa dihabiskan di atas jalan.. hahaha...
Bermula malam 21/02/2011 (Isnin), tiba-tiba pakcik aku datang rumah panggil-panggil nama aku (tak bagi salam pun..) aku ingat kenapa, rupanya die bagi tau abah kemalangan sekarang ada kat rumah sorang tukang urut, nak dapatkan rawatan dan suruh aku jemput die bawak pegi klinik. Alhamdulillah abah tak teruk sangat cuma die masih pening dan asik bertanya soalan yang sama berulang-ulang kali. Kepalanya ada bengkak sedikit. Kelang kabut aku jadinya dah la time tu tgh blackout, mmg gelap cuma ada cahaya lilin. Mak pulak yang masih marah kat abah buat tak tau saja, aku jd buntu sampai bingun tak tau nak buat ape, bila tanya mak hanya endah tak endah.
Sampai di rumah tukang urut, kebetulan bekalan elektrik dah sambung semula. Nasib baik abah kenal aku sapa. Pakcik la yang banyak bagi duit sebab aku pun masa tu cuma ada RM50. Habis berurut terus bawak ke klinik. Dan doktor pun kata tak de pape..
Dua tiga hari ni perangai abah agak berubah, berlawanan dengan sblm ni. Aku tak pasti yang ini hanya sementara atau selam-lamanya. Aku bermohon agar biarlah selam-lamanya die begitu. Kesian mak yang setiap hari jenuh mendengar caci maki abah. Dan aku harap mak akan terus tabah dan sabar dengan peramgai abah. Dan aku berharap perubahan ini akan berterusan. abah memang seorang yang panas baran. tak boleh kene tegur apa lg dimarah. Abah memang suka marah-marah tak tentu pasal. Sampai kadang kala orang kampung pandang semacam je kat mak. Kesian mak, asik jadi mangsa keadaan...
Yang memelikkan, abah masih kuat mengayuh basikal keesokkan harinya walaupun baru kemalangan pada malam harinya. Dan semalam die dah pegi kerja cangkul abu di kebun orang. Kuat sungguh badan abah, umur abah akan masuk 70thn pada bulan sebelas nanti. Mungkin abah mewarisi kekuatan nenek. Sekarang nenek dah masuk 90thn dan masih gagah lagi.
Semalam aku ambik cuti, hari ni pun aku masih cuti tapi mungkin setengah hari saja. Dari semalam aku kene hantar mak berulang alik ke klinik kesihatan kerana gula dalam darah mak yang agak tinggi. Kesian mak die asik susah hati, aku hanya mampu berdoa dan tolong apa yang patut. Cube petua itu dan ini. Pada pagi dan tengah hari bacaan gula dalam darah mencecah ke angka 17. Mula-mula tu nak cari petai tapi tak jual pulak time orang nak bila tak nak tu berlambak pulak. Akhirnya cube peria katak. Sampai rumah mak blender dua biji peria katak buat jus. Pahitnya masyaallah mak cakap. Tp bacaan gula menurun ke angka 11 bila ptg tu kami pegi check. Alhamdulillah.. syukur sangat. mak cume takut masuk wad je.. Mak kata klu bacaan cecah 20 dah mmg kene masuk wad.
Harini pulak baru kene buat medical check-up. Aku hantar mak ke klinik dan aku balik rumah sekejap. Nanti dalam pukul 9.30pg aku akan jemout mak balik dan tau keputusannya.. Tengah hari plak kene siap-siap pegi kerja. Dah satu setengah hari tak masuk office. Takut ada barang sangkut jer.. opss! teringat aku kene hantar satu barang harini...
.
.
.
.
Alhamdulillah.. dah hantar dah.. fuhh lega.. cume short skt takpe la..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

�