Rabu, 23 Februari 2011

Tragedi 21/02/2011

Assalamualaikum,
Agak lama tak update. maaf ye.. nak kata sebok sgt tu tidak lah tp dlm dua ke tiga harini memang ada saje bende yang berlaku. Masa pun agak terhad untuk cari idea nak menulis kat sini. Banyak masa dihabiskan di atas jalan.. hahaha...
Bermula malam 21/02/2011 (Isnin), tiba-tiba pakcik aku datang rumah panggil-panggil nama aku (tak bagi salam pun..) aku ingat kenapa, rupanya die bagi tau abah kemalangan sekarang ada kat rumah sorang tukang urut, nak dapatkan rawatan dan suruh aku jemput die bawak pegi klinik. Alhamdulillah abah tak teruk sangat cuma die masih pening dan asik bertanya soalan yang sama berulang-ulang kali. Kepalanya ada bengkak sedikit. Kelang kabut aku jadinya dah la time tu tgh blackout, mmg gelap cuma ada cahaya lilin. Mak pulak yang masih marah kat abah buat tak tau saja, aku jd buntu sampai bingun tak tau nak buat ape, bila tanya mak hanya endah tak endah.
Sampai di rumah tukang urut, kebetulan bekalan elektrik dah sambung semula. Nasib baik abah kenal aku sapa. Pakcik la yang banyak bagi duit sebab aku pun masa tu cuma ada RM50. Habis berurut terus bawak ke klinik. Dan doktor pun kata tak de pape..
Dua tiga hari ni perangai abah agak berubah, berlawanan dengan sblm ni. Aku tak pasti yang ini hanya sementara atau selam-lamanya. Aku bermohon agar biarlah selam-lamanya die begitu. Kesian mak yang setiap hari jenuh mendengar caci maki abah. Dan aku harap mak akan terus tabah dan sabar dengan peramgai abah. Dan aku berharap perubahan ini akan berterusan. abah memang seorang yang panas baran. tak boleh kene tegur apa lg dimarah. Abah memang suka marah-marah tak tentu pasal. Sampai kadang kala orang kampung pandang semacam je kat mak. Kesian mak, asik jadi mangsa keadaan...
Yang memelikkan, abah masih kuat mengayuh basikal keesokkan harinya walaupun baru kemalangan pada malam harinya. Dan semalam die dah pegi kerja cangkul abu di kebun orang. Kuat sungguh badan abah, umur abah akan masuk 70thn pada bulan sebelas nanti. Mungkin abah mewarisi kekuatan nenek. Sekarang nenek dah masuk 90thn dan masih gagah lagi.
Semalam aku ambik cuti, hari ni pun aku masih cuti tapi mungkin setengah hari saja. Dari semalam aku kene hantar mak berulang alik ke klinik kesihatan kerana gula dalam darah mak yang agak tinggi. Kesian mak die asik susah hati, aku hanya mampu berdoa dan tolong apa yang patut. Cube petua itu dan ini. Pada pagi dan tengah hari bacaan gula dalam darah mencecah ke angka 17. Mula-mula tu nak cari petai tapi tak jual pulak time orang nak bila tak nak tu berlambak pulak. Akhirnya cube peria katak. Sampai rumah mak blender dua biji peria katak buat jus. Pahitnya masyaallah mak cakap. Tp bacaan gula menurun ke angka 11 bila ptg tu kami pegi check. Alhamdulillah.. syukur sangat. mak cume takut masuk wad je.. Mak kata klu bacaan cecah 20 dah mmg kene masuk wad.
Harini pulak baru kene buat medical check-up. Aku hantar mak ke klinik dan aku balik rumah sekejap. Nanti dalam pukul 9.30pg aku akan jemout mak balik dan tau keputusannya.. Tengah hari plak kene siap-siap pegi kerja. Dah satu setengah hari tak masuk office. Takut ada barang sangkut jer.. opss! teringat aku kene hantar satu barang harini...
.
.
.
.
Alhamdulillah.. dah hantar dah.. fuhh lega.. cume short skt takpe la..

Sabtu, 19 Februari 2011

...

Assalamualaikum..

Sebenarnya malam ni tak tau nak post ape,
drpd terbiar sepi, ape kate aku post je pape
n ntah pape.. huhu..

Update terbaru, aku dlm proses untuk kuruskan
badan.. he3
Tak mkn pil kurus pun, produk minuman ke pape ke
pun tak, cume keluarlan peluh jer.. hr ni 19-02-11 br
start. Kt tgk hasilnya nanti pastu aku bg tau korang erk..
hehe

Bye..

Selasa, 15 Februari 2011

Aku dan Tia Amelia

Assalamualaikum..

Post mlm ni pasal Tia Amelia. Set pencerah tanpa pengelupasan.

Set ni aku dah pakai lebih kurang hampir 6 bulan. Kesannya bagus sgt, asalnya mmg muke aku jenis yang tak banyak jerawat, cuma agak berminyak. Tapi lepas pakai produkni alhamdulillah.. kulit pun dah semakin cerah.



Set Tia Amelia ni ada:

1. Sabun pencuci muka - 2pcs
2. Krim pemutih
3. Krim Kunyit
4. Sunblock / Krim Pencerah

Toner kene beli secara berasingan ye.. :-)

Set ni blh pakai 2 bulan.

Satu set berharga RM95. Toner plak RM17.50
hehehe.. bkn nak jual erk cume nak share je.. :)

Jumaat, 11 Februari 2011

Mandi Perfume

Salam...


Smlm post cite sedih feling2, hrni kt post cite happy erk..


Nak share skt, hr tu order perfume on9 dah terima on tuesday..
Ada 3 jenis but this one yg gred AAA, promotion 3box RM100.


Nak beli yg ori tak mampu kan so yg camni pun ok la, wlupun bau die tak tahan lama sgt, ok la tukar citerasa skt asik2 odp jek.. :p


So layan pic k.. :)






1) Flower by Kenzo

2) Be Delicious by DKNY

3) Nina by Nina Ricci.




Nice Smell :)



Khamis, 10 Februari 2011

Happy Ending Love Story

Salam...

Harini berakhir kisah happy ending for Dani Mirzan & Melur. Aku hampir menangis bl tengor Dani akan berkahwin dgn Tina. Melur plak berjaya bukak mata dan hati Dani lepas cube sabotaj wedding Dani & Tina.Dan akhirnya mereka dapat mengakhiri kisah cinta mereka.. tapi itu dalam drama, realitinya adakah kt akan dapat semua itu..

Aku juga mengharapkan seperti itu, wlupun aku pasti harapan aku tipis tp mn tau Allah swt makbulkan doa aku cume...

Rasanya pintu hati aku sudah tertutup tuk die. Tp tak tau la klu tb2 satu hr nanti aku akan terima die semula, cuma buat masa ini biarlah..

Kisah A
Aku kenal die pd tahun 2003, tak ambik masa lama nak cakap saling suke. kami bercinta lebih kurang 5thn, sepanjang masa itu A sll dtg rumah. Kami jrg keluar sama sll dating kat rumah jer. Aku terima segala kekurangan dan keburukan atau ape saje yg die pernah buat dulu, sbb aku percaya die dah berubah.

31 Aug 2008 kami putus.. aku yg mintak putus dari die. Ok mmg aku yg salah masa tu, aku buat silap tp tu sume untuk sedarkan die betapa pentingnya aku dlm hidup die, tp br aku sedar yg diri aku tak penting mn pun untuk die.

Aku cube utk perbaiki keadaan dan mintak utk bersama semula, aku ditolak tp die masih hubungi aku cume semakin lama kami semakin jauh.. dan die dah tak hubungi aku lg..

Hujung 2010 aku kuatkan diri untuk sms die, dan aku dah tau knp die tak call aku lg..
Die dah bertunang rupenye, dgn girl yg duk st kwsn ngan die dan die jgk yg die sll ceritakan pd aku ms km masih berhubung..

Cepatnya die buat keputusan, 5thn aku tunggu die buka mulut utk propose aku mcm tu tp tak pernah pun.. tp bl dgn die, cptnye.. aku sedih bl teringatkan kata2 manis die dan rungutan die pasal girl tu tp rupa2nya tu lakonan je..

Paling sedih bl tunang die hantar sms pada aku dan cakap perkara yg buruk serta sakitkan hati.. knp nak buat semua tu? tak perlu, die mmg dah jd hak ko dan bkn aku nak kacau2 hak org. Terluka dah tentu. Tp tu kan takdir tuhan.. Sbg hambanya yg lemah dah hina aku Redha..

Tu salah satu sbb knp aku tak dpt jodoh lg.. tp aku redha, ini adalah balasan dr kesilapan dan dosa yang aku buat. Aku terima. Aku doakan die bahagia dan memilih yg terbaik buat dirinya.

Semua kenangan die aku dah buang dlm kotak kat dlm bilik aku. Aku cube lupakan die tp kadang2 mengganggu jgk la.. Ape aku nak buat, kdg2 aku nangis je sorang2 sbb tu jer yg blh aku luahkan.. kan aku tak ade kwn tuk cerite..

Biarlah masa dan takdir yang tentukan semuanya, perjalan aku masih jauh dan aku mesti harunginya setabah mungkin. Insyallah..

Ya Allah ya tuhanku tabahkan hatiku, kuatkan semangatku.. aku yakin kebahagiaan itu akan jadi milik aku satu hari nanti. wlu pun tak pasti bl, aku akan terus menanti dan menanti..

Rabu, 9 Februari 2011

Diskriminasi

Salam.. :)

Harini aku nak cerita pasal diskriminasi.. (btl ke spelling ni?) atau dalam erti kata lain korang paham-paham la sendiri. Bende ni kt selalu kaitkan dlm perkauman kan (yg kt sll dgr la), tp sbnrnya bende ni berlaku katg mn-mn jer. Kat sekeliling kt pun byk. Bahkan dalam kaum kt sendiri pun ada.

Contohnye ape yang berlaku kat aku harini... :(

Semenjak dua menjak ni aku perasan officemate aku yg kaum melayu tak nak campur ngan aku, tak tau la kenapa. Teruk sgt ke aku ni? Yela aku mmg garang skt especially klu die org ada wat salah kat keje die org sbb bkn lg org baru dah lama dah takkan asik nak wat salah jer kan.. Mula-mula tu aku tak rasa sgt tp lama-lama aku mula perasan dgn perangai die org yg semakin menjadi2. Harini die org keluar tak peduli kat aku pun sorang2 kat office, kot ea pun tanya la nak pesan pape ke, nak ikut ke.. ni tak kuar je sume.. Bl time mkn plak tunggu aku habis mkn br die org nak mkn. Tak blh ke klu dtg mkn sekali? jijik sgt ke? kotor sgt ke?

Mungkin ni perkara kecik je, tp hati aku tersentuh.. dan aku rasa... ntahlah..
Dan buat aku rasa sakit kepala sgt ptg ni, aku rasa macam nak demam sbb selsema yg masih beku buat sakit hidung n kepala..

Aku cite sume ni kat mak, mak hanya dapat sabarkan aku, katanya mereka akan dpt balasan nanti.. aku redha, kan tu doa mak.. mcm pernah aku cakap sblm ni mak jer kawan rapat aku, hanya pada die aku mengadu, mak jer yg phm aku.. Terima Kasih mak..:)

Aku rasa malas nak g keje esok, rasa tak sihat pun ada gak, rasa malas pun ada gak, rasa menyampah lg byk.. huh..

Ahad, 6 Februari 2011

Aku Si Gadis Sepi

Salam..

Hari ini usia aku 26thn 4bln & 20hr. Aku lah si gadis sepi, tak punya ramai teman kawan baik aku ialah mak aku. Kemana pun kami sentiasa berdua. Sampai ada yg gelarkan mak aku as my bodyguard. Kesian mak. Sampai skrg aku belum bertemu jodoh. Bkn aku tak nak tp nanti akan aku ceritakan.

Masih banyak pengalaman yg ingin aku kongsikan, spt td aku katakan yg aku tak punya ramai teman ape lg tuk meluahkan perasaan, jadi aku rasa disini lebih baik aku boleh katakan ape saje..
Tiba-tiba saje aku terifikir tuk cipta blog ni, sblm ni aku mmg dah ada blog tp lebih open tentang diri aku dan private for my personal.

Kadangkala dlm diri ini kt perlu terima hakikat atas ape yg terjadi. Mungkin takdir aku mmg macam ni. Tak kisah la klu jodoh aku lambat, aku yakin yg ia pasti ada satu hari nanti dan aku pasti itu lah yg terbaik buat aku dan semuanya ketentuan allah s.w.t.
�