Assalamualaikum...
Lamanya tak update blog.. rasa malas sebenarnya, hehehe... dan update ni di buat di office. Sorry bos tak curi tulang erk. Actually hr ni aku off tp kerana ganti kawan yang ada emergency so tukar la next week.
Update hari ni nak cerita sikit pasal kenangan lama. Kenangan 1 April... Manis pada 3 thn lepas tp skrg ni hanya tinggal kenangan.
1 April adalah hari ulang tahun kelahiran A. Tentulah tarikh tu tak dapat aku lupakan, dah 5 tahun kami sambut bersama. Tak pernah sesaat pun aku lupakan tarikh tu walaupun aku tau dia selalu lupa tarikh lahir aku. Tarikh ulangtahun perkenalan kami pun die tak ingat. Tahun terakhir kami raikan bersama di pantai M. Masa tu kami sama-sama sengaja ambil cuti semata-mata untuk berjumpa. Indahnya hari itu, bahagia dan gembira.
Aku pasti sekarang dia mesti sedang meraikan hari itu dengan tunang nya yang tersayang. Dan pastinya mereka sedang berbahgia bersama. Kadang-kadang aku rasa bodoh sangat kenapa aku mesti ingat pada dia sedangkan tak pernah sedetik pun dia ingat pada aku. Mungkin aku terlalu setia? Sehingga sekarang aku masih sukar untuk lupakan dia. Dia sentiasa ada dalam hati aku. Kerana dia adalah cinta pertama aku.
Aku berharap dan berdoa dia dapat layan tunang dia lebih baik dari dia layan aku dulu. Ya allah, berikan mereka kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Wassalam..